NADI MAHIR Masak sesi 1 – SLS : Sotong Masam Manis Tradisi Bersama Chef Florence Tan
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2025, telah berlangsung kelas NADI MAHIR Masak sesi 1 – SLS : Sotong Masam Manis Tradisi Bersama Chef Florence Tan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 05:00 petang sehingga pukul 06:00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR dan Chef Florence Tan menerangkan menu yang akan dimasak pada hari ini iaitu Sotong Masam Manis Tradisi . Guru MAHIR dan Chef Florence Tan menunjukkan bahan-bahan yang diperlukan iaitu sotong segar 1kg, minyak masak 4tbsp dan udang kering. Seterusnya, Guru MAHIR dan Chef Florence Tan menerangkan mengenai bahan-bahan yang perlu untuk dikisar halus iaitu halia mua 10gm, cili padi 10 tangkai, cili merah 3 tangkai dan bawang putih 7 ulas. Selain itu, Guru MAHIR dan Chef Florence Tan menerangkan cara penyediaan sos iaitu soso cili 3tbsp, sos tomato 3tbsp, cuka ½ tps, garam ¼ tsp dan tula 6 ½ tps. Akhir sekali, Guru MAHIR dan Chef Florence Tan menerangkan cara penyediaan untuk 8-10 orang makan iaitu campurkan semua bahan-bahan kisar, bahan-bashan sos dan udang kering, celur sotong beberapa minit sehingga masak, angkat dan kterus masukkan ke dalam air berais, toskan sempurna dan campurkan dengan sos yang telah disediakan tadi dan hias dengan daun pudina.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan memasak masakan nyonya para peserta. Antara lain, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik di antara staf, guru MAHIR dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: